MEMINATI hasil karya Suhaimi Fadzir lantas Abdullah melahirkan penghargaannya menerusi Tribute To Suhaimi Fadzir.
MEMINATI hasil karya Suhaimi Fadzir lantas Abdullah melahirkan penghargaannya menerusi Tribute To Suhaimi Fadzir.
KARYA berjudul Siti K.
KARYA berjudul Siti K.
TUHAN, Ampunkan Dosa Pemimpin Kami memiliki maksud tersendiri.
TUHAN, Ampunkan Dosa Pemimpin Kami memiliki maksud tersendiri.
ABDULLAH di Galeri Artcube, Intermark Mall.
ABDULLAH di Galeri Artcube, Intermark Mall.
Siti Salmiah A Hamid


Jarang penulis temui lukisan yang ‘kerjanya’ mengkritik. Kritikan berkenaan sama ada berkaitan sosial atau politik jelas ditujukan kepada masyarakat hari ini.

Mungkin ia kelihatan lantang mengkritik namun kisah sebenar karya ini adalah berkenaan kenegaraan. Masyarakat hari ini dilihat banyak mengkritik ketidakbolehan pemimpin negara dalam menangani isu semasa terutama ketika ekonomi sedang merudum.

Artis yang berasal dari Kuantan, Pahang ini memaparkan usaha menerapkan semangat patriotik atau cintakan negara berbanding kritikan yang boleh menjatuhkan jati diri bangsa.

Pameran Blues Malaya dilihat lebih lucu, menggabungkan pelbagai imej, teks dan penggunaan pelbagai warna.

Abdullah Jones menghimpunkan karya yang dihasilkan sejak 2010 hingga 2015 menerusi penggunaan akrilik di atas kanvas, akrilik dan dakwat di atas kertas serta media campuran.

“Blues Malaya turut memiliki kritikan terhadap sifat manusia yang mudah mengkritik dan melemparkan pandangan negatif apabila timbulnya pelbagai isu.

“Namun, mampukah individu dan masyarakat berkenaan menerima tanggungjawab yang lebih besar apabila diri dan negara dikritik serta dibentangkan pelbagai masalah global?,” katanya yang cuba meluaskan pemahaman tempatan menerusi penggunaan kritikan.

Karya ‘Scare Monger’ dan ‘Orang Asli Tak Pandai Kira Duit’ kedua-dua dilukis di atas majalah SeniKini berbanding menggunakan kanvas atau kertas. SeniKini adalah majalah keluaran Balai Seni Visual Negara.

Teks dan imej sedia ada pada halaman berkenaan dijadikan asas yang kemudian dilapisi idea artis.

Dalam menggabungkan wacana kompleks dengan lakaran visual dan keseronokan berkarya, Abdullah berjaya menghasilkan karya seni yang mewakili tepat dirinya sebagai artis dan aktivis.

Pameran solo pertama Abdullah berlangsung sehingga 26 Mac 2017 di Galeri Artcube, Intermark Mall, Kuala Lumpur.

INFO

BLUES MALAYA

• Artis: Abdullah Jones

• Jumlah karya: 26

• Lokasi: Galeri Artcube, 3-10 & 3-13, level 3, Intermark Mall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

• Tarikh: Sehingga 26 Mac 2017

• Masa: 11 pagi hingga 8 malam

• Telefon: 03-2181 1787

• FB: Abdullah Jones

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 10:44 AM