PETA yang memaparkan tanah air Greenland lahir dengan kesan merah menyerlahkan lagi lukisan berjudul Narsarsuaq.
PETA yang memaparkan tanah air Greenland lahir dengan kesan merah menyerlahkan lagi lukisan berjudul Narsarsuaq.
DUA subjek berbeza dipaparkan dalam Pergilah Sayang...Demi Tanah Air Tercinta.
DUA subjek berbeza dipaparkan dalam Pergilah Sayang...Demi Tanah Air Tercinta.
NORSEMAN antara orang Viking yang berpengaruh di Iceland pada zaman dahulu.
NORSEMAN antara orang Viking yang berpengaruh di Iceland pada zaman dahulu.
MASNOOR Ramli Mahmud menyatakan dedikasinya dalam pameran solo Pathfinder#PC12.
MASNOOR Ramli Mahmud menyatakan dedikasinya dalam pameran solo Pathfinder#PC12.
Oleh Siti Salmiah A Hamid

Masnoor Ramli Mahmud bukan asing dalam kalangan pelukis tempatan malah hasil buah tangannya sentiasa ditunggu kerana mempunyai kelainan, unik dan segar.

Pameran solo, Pathfinder#PC12 di Galeri Artcube menjadi penanda aras apabila separuh karyanya terjual ketika penulis bertemunya.

Beliau seronok bercerita mengenai karya terbarunya yang diilhamkan hasil pengembaraan menaiki pesawat kecil Pilatus PC-12 dalam perjalanan sulung dari Amerika Utara ke England.

Sejumlah 10 karya dicetak terus di atas aluminium manakala 10 karya menerusi lukisan.

Cetakan yang dibuat ke atas aluminium melahirkan kelainan dan memberi impak kerana sekeping aluminium mempunyai pelbagai kesan semula jadi seperti calar, kesan buih dan warna yang tidak rata.

Hasil kerjanya bercerita mengenai keindahan dan keajaiban yang ditempuhi selain memberi penghormatan ke atas tragedi MH370 dan MH17.

Beliau mencampur-adukkan beberapa simbol dan memaparkan dalam cara mudah melalui ikon tempatan dan antarabangsa.

Masnoor juga mampu mengaitkan antara sejarah dan antropologi melalui aktiviti teknikal sekali gus melahirkan kerja-kerja yang sangat unik.

INFO

PATHFINDER#PC12

Artis: Masnoor Ramli Mahmud

Jumlah karya: 20

Lokasi: Galeri Artcube, Tingkat 3, Intermark Mall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Tarikh: Sehingga 30 Disember 2014

Masa: 11 pagi hingga 6 petang

Telefon: 019-3309984 (Azhar) 019-2421118 (Fuad)

Web: www.artcube.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:02 AM