Agensi

London: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal (gambar kecil) nyata semakin tertekan selepas terus dihukum lawan, apabila tewas 0-2 di tangan pasukan ‘kerdil’ Stoke City di Stadium Britannia, malam tadi.

Aksi pertama Hari Boxing itu nyata tidak membawa sebarang tuah buat Van Gaal yang dijangka terus dikecam hebat, malah menghangatkan spekulasi mengenai pemecatannya.

Kekalahan itu yang ketiga berturut-turut selepas kecundang kepada dua pasukan kerdil Norwich City 1-2 minggu lalu dan 1-2 kepada Bournemouth minggu sebelumnya.

Jaringan penyerang Stoke Bojan Krkic pada minit ke-19 hasil kesilapan pemain sayap United Memphis Depay yang kehilangan bola kepada Glen Johnson benar-benar menyentap United.

Anak buah Mark Hughes yang juga bekas pemain United terus menggandakan jaringan hasil gol mengagumkan Marko Arnautovic pada minit ke-26 yang merembat dari luar kotak penalti juga disebabkan kesilapan benteng pertahanan United.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:19 AM