GOL pertama Sunderland jaringan Khazri.
GOL pertama Sunderland jaringan Khazri.
Agensi

Sunderland, England: Malang Manchester United musim ini berterusan apabila tewas mengejut 1-2 di tangan pasukan tangga kedua tercorot, Sunderland di Stadium of Light malam tadi.

Pada perlawanan yang dikatakan sepatutnya memihak United berdasarkan kedudukan mereka di tangga kelima liga sebelum perlawanan, nyata tidak membuahkan sebarang hasil ketika pemain baru Black Cats, Wahbi Khazri kelihatan lebih menonjol berbanding barisan bintang United.

Sunderland terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Khazri seawal minit ketiga apabila berjaya menyambut sepakan percuma sebelum merembatnya tepat ke penjuru bawah gawang United.

Kejutan awal itu membuatkan anak buah Louis van Gaal itu tidak senang duduk hinggalah pada minit ke-39 apabila Anthony Martial menyamakan kedudukan.

Namun dua minit sebelum itu, United kehilangan Matteo Darmian akibat kecederaan bahu dan digantikan Donald Love untuk penampilan sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 5:19 AM