DR Muhamad Akmal Saleh.
DR Muhamad Akmal Saleh.
Amir Mamat


Jasin: Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menang merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jasin dalam saingan sengit empat penjuru, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau menang dengan majoriti 146 undi apabila memperoleh 340 undi menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Hasan Abd Rahman yang mendapat 194 undi.

Turut tewas, Adun Serkam, Datuk Zaidi Attan yang mendapat 151 undi dan bekas Bendahari bahagian, Datuk Mohd Yusof Osman yang memperoleh 21 undi.

Timbalan Ketua bahagian pula dimenangi Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian, Azman Abdullah yang mendapat 289 undi manakala Naib Ketua pula dimenangi Adun Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar (353 undi).

Keputusan diumumkan Penyelia Pemilihan Umno Bahagian Jasin, Abu Bakar Md Sudi.

Seramai 711 perwakilan membuang undi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2023 @ 1:27 AM