NORAINI (kanan) berdepan saingan Shahrizat yang kembali merebut jawatan itu. FOTO arkib NSTP
NORAINI (kanan) berdepan saingan Shahrizat yang kembali merebut jawatan itu. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mendahului lima orang pencabarnya yang lain dalam perebutan jawatan Ketua Puteri hari ini.

Menerusi keputusan rasmi pemilihan Umno, Nurul Amal memperolehi 16 undi daripada 191 bahagian.

Manakala Siti Sokhleha Nordin yang juga Exco Puteri mendahului jawatan Naib Ketua Puteri Umno dengan 17 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan penyandangnya, Datuk Seri Noraini Ahmad bersaing sengit bagi jawatan berkenaan dengan masing-masing memperoleh tiga undi.

Untuk pertandingan jawatan Naib Ketua Wanita, Datuk Norliza Abdul Rahim yang juga penyandang bersaing sengit dengan Ketua Penerangan Wanita, Datuk Rosni Zahari yang kedua-duanya memperoleh tiga undi.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh meninggalkan tiga pencabarnya yang lain dalam saingan Ketua Pemuda Umno.

Sehingga jam 5.50 petang, beliau memperoleh lima undi berbanding pencabarnya.

Manakala untuk jawatan Naib Ketua, anak kepada seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Ikmal Hazlan Ikhmal Hisham pula mendahului tiga pencabarnya yang lain dengan memperoleh enam undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 6:28 PM