DATUK Nurul Amal Mohd Fauzi.
DATUK Nurul Amal Mohd Fauzi.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi hampir pasti bakal menjadi Ketua Puteri Umno yang baru bagi sesi 2023-2026 menggantikan penyandang, Datuk Zahida Zarik Khan.

Sehingga jam 5.11 petang, keputusan rasmi dipaparkan menunjukkan Naib Ketua Puteri Umno itu jauh meninggalkan pencabarnya iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mendapat 32 undi.

Empat pencabarnya lain iaitu Exco Puteri Umno, Dr Masliha Harun memperoleh (30 undi), Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin (empat undi), Exco Puteri Umno, Fadwah Anuwar (13 undi) dan Setiausaha Puteri Umno, Nurul Hazwani Haslan (16 undi).

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri Umno, jawatan itu milik Siti Sokhleha Nordin yang memperoleh 109 undi.

Pencabarnya yang lain iaitu Setiausaha Puteri Umno, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani memperoleh (42 undi) manakala Ketua Puteri Umno Bahagian Mersing, Rina Farhana Abdullah (28 undi).

Nooryana Najwa iaitu anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga bakal menjawat jawatan Exco Puteri Umno yang baru.

Selain beliau, turut termasuk dalam senarai 20 Exco Puteri Umno adalah anak kepada penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin iaitu Raja Sara Petra.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 6:04 PM