NURUL Amal. FOTO arkib NSTP
NURUL Amal. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi masih mendahului jawatan Ketua Puteri Umno dalam pemilihan sayap parti itu bagi sesi 2023-2026.

Setakat jam 10.49 malam, Naib Ketua Puteri Umno itu memperoleh 51 undi berbanding pencabarnya yang lain iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mendapat 25 undi.

Empat lagi pencabar iaitu Exco Puteri Umno, Dr Masliha Harun memperoleh (11 undi), Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin (dua undi), Exco Puteri Umno, Fadwah Anuwar (lapan undi) dan Setiausaha Puteri Umno, Nurul Hazwani Haslan (tujuh undi).

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri Umno, Siti Sokhleha Nordin masih mendahului jawatan berkenaan dengan 63 undi.

Pencabarnya yang lain iaitu Setiausaha Puteri Umno, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani memperoleh (20 undi) manakala Ketua Puteri Umno Bahagian Mersing, Rina Farhana Abdullah (21 undi).

Selain itu, Nooryana Najwa iaitu anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga antara yang mendahului jawatan Exco Puteri Umno.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 11:03 PM