Szindore merangkumi Sultan Of Sea dan banyak lagi
Szindore merangkumi Sultan Of Sea dan banyak lagi
Dak Ayam Kahau bersama produk minyak wanginya
Dak Ayam Kahau bersama produk minyak wanginya

Kuala Lumpur: Kreatif serta lantang mempromosikan jenama tempatan miliknya dan syarikat lain, tindakan ahli perniagaan dan pempengaruh, Dak Ayam Kahau atau nama sebenarnya, Iswan Ishak memuat naik klip video baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Apatah lagi isu semasa itu saling berkait dengan tindakan rakyat dunia dan di Malaysia memboikot semua syarikat atau produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Malah gerakan memboikot itu turut menyaksikan ramai individu dan pihak tertentu kembali rancak menyokong pembelian produk tempatan.

Menerusi video dimuat naik https://vt.tiktok.com/ZSN53aHev/ketika mempromosikan jenama pewangi udara jenama bumiputera, Szindore, Dak Ayam Kahau turut sinis menyindir pihak tertentu.

"Tapi kalau boikot tidak menyokong jenama tempatan, 'sampah' juga jadinya.

"Malah, sekarang di mana-mana saya nampak ada yang cakap pencipta kandungan di Malaysia semua 'bodoh'. Jadi, kenapa kalian saja yang tak boikot, tak payah jadi pencipta kandungan untuk berkongsi perihal memboikot. Sedangkan semua boleh boikot," katanya sinis.

Dak Ayam Kahau menegaskan lagi dalam video berkenaan, dia sendiri berniaga dan jual produk.

"Orang labur duit untuk beli produk saya. Walaupun saya berniaga bukan untuk produk sendiri, memang tetap kena labur duit.

"Saya sejenis tak berkira melaburkan duit membikin video kerana tahu diri ini berniaga pelbagai jenis barangan.

"Jadi nak boikot, boleh boikot dari sekarang. Tapi bukan boikot main-main. Jenis yang hari ini boikot, esok ada promosi produk yang menyumbang ekonomi negara laknatullah itu dengan harga RM1 percuma satu… kamu semua berebut nak beli," katanya.

Tambah Dak Ayam Kahau lagi, kenapa perlu risau memboikot barangan menyumbang ekonomi Israel kerana produk tempatan sendiri sangat bermutu sebagai galang ganti.

"Kalau boikot produk ubat gigi, kita ada produk sama kelahiran anak tempatan. Saya sendiri jual ubat gigi, minyak wangi, pewangi mulut, syampu badan dan macam-macam lagi. Masih ada menyokong dengan membeli.

"Jadi kenapa nak sokong produk luar negara. Apa yang produk luar negara mampu buat, kita pun boleh tandingi. Malah ada produk kita jauh lebih murah.

"Malah saya sekarang akui ada produk pewangi udara yang bertaraf antarabangsa tapi yang menghasilkannya ialah anak tempatan.," katanya.

Dak Ayam Kahau berkata lagi, dia bersyukur produk pewangi udara itu dapat sambutan meriah.

"Ini kerana produk pewangi udara itu berasaskan bauan minyak wangi antarabangsa yang harga mahal.

"Jadi terima kasihlah sebab sokong dan beli pewangi udara itu. Ingat kau boikot, kau kena naikkan jenama tempatan. Selipar pun saya tak beli dari jenama luar negara. Saya pakai jenama tempatan yang 'level' no antarabangsa. Kalian saja, boikot tapi tak sokong jenama tempatan… 'sampah' ajer," katanya.

Szindore adalah 100 peratus milik bumiputera menerusi syarikat Szindore Hq diusahakan sejak 2010 beribu pejabat di Ampang.

Hingga kini lima pewangi udara dan gel mandian diusahakan berasaskan bau minyak wangi jenama antarabangsa merangkumi Sultan Of Sea, Creed Aventus selain aroma buah-buahan citrus, lavender dan nanas.

Jenama ini diakui mempunyai kualiti yang amat dikagumi penguna, ikuti kehendak pasaran dan bercitarasa kreatif melawan arus yang tidak dilakukan syarikat lain.

Tidak ketinggalan jenama ini membuka peluang dan membantu mereka yang ingin menjana pendapatan untuk menceburi perniagaan.

Pada masa mendatang, jenama ini bercadang menyediakan vending machine di beberapa lokasi terpilih bagi memudahkan pelanggan mendapat produk dengan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2023 @ 7:41 AM