MESSI (kiri) cuba melepasi pertahanan Gatafe, Djene Dakonam. FOTO AFP
MESSI (kiri) cuba melepasi pertahanan Gatafe, Djene Dakonam. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi terlepas peluang untuk meledak hatrik ketika Barcelona bangkit di hujung saingan ketika berdepan Getafe bagi mencatat kemenangan 5-2 dan kekal dalam persaingan memburu gelaran juara La Liga.

Messi menjaringkan dua gol dan mampu untuk memperoleh gol ketiga pada masa kecederaan di Camp Nou namun memberikan sepakan penalti kepada Antoine Griezmann, yang mengesahkan kemenangan selesa.

"Dia adalah yang terbaik di dalam dunia, dia tidak pernah mengecewakan.

"Sekiranya dia kurang memberi tumpuan anda tidak akan perasan. Saya harap dia dapat kekal untuk beberapa tahun lagi selepas ini." kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

Selepas mengalahkan Athletic Bilbao untuk menjulang trofi Copa del Rey hujung minggu lalu, Barca sekarang dalam usaha memburu gelaran berganda, dengan lima mata di belakang Atletico Madrid namun masih mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Atletico pada aksi yang berlangsung lebih awal merakamkan kemenangan 2-0, kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak Januari dan tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan buat masa sekarang ketika memburu gelaran juara.

Trio gergasi Sepanyol itu dilihat tidak terkesan dengan isu di luar padang dengan, dengan menyaksikan Real Madrid, Atletico dan Barcelona menandatangani kejohanan Liga Super Eropah (ESL).

Atletico menarik diri daripada kejohanan berkenaan namun Barca dan Real Madrid kekal menjadi sebahagian daripada projek berkenaan.

Getafe memakai kemeja-T tanda protes kepada ESL, namun mereka tetap memberikan penghormatan kepada Barca.

Messi sekarang sudah meledak 33 gol dalam semua kejohanan dan 25 gol dalam saingan liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 8:10 AM