PEMAIN tengah Granada Alberto Soro (kiri) diasak pertahanan Barcelona Sergino Dest. FOTO AFP
PEMAIN tengah Granada Alberto Soro (kiri) diasak pertahanan Barcelona Sergino Dest. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi kembali ke prestasi terbaiknya untuk membantu Barcelona membelasah Granada 4-0 semalam dan kini semakin menghampiri kedudukan pendahulu La Liga.

Kemenangan itu meletakkan Barca menghampiri pendahulu Atletico Madrid namun pasukan Diego Simeone masih kekal sebagai pendahulu selepas Real Madrid sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Osasuna.

Real terlepas peluang selepas perlawanan Atletico di tempat sendiri menentang Athletic Bilbao awal pagi semalam ditunda kerana ribut salji melanda Sepanyol.

Atletico kini hanya satu mata mengatasi Real Madrid dan empat mata mendahului Barcelona namun masih mempunyai tiga perlawanan di tangan.

Messi meledakkan dua gol untuk menjadikan empat gol yang disempurnakan olehnya dari tiga perlawanan sejak permulaan tahun baru dan kebangkitannya membantu peningkatan pasukan melakarkan kemenangan ketiga mereka.

"Kami lebih tenang," kata jurulatih Barca Ronald Koeman. "Kami perlu kekal rendah diri dan terus berusaha untuk menang."

Gol jaringan Messi terhasil daripada sepakan percuma Antoine Griezmann yang turut menikmati kebangkitan semua selepas 18 bulan penuh mengecewakan di Camp Nou.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 11:25 AM