KAKITANGAN Harvey Norman menyerahkan sumbangan kepada rumah kebajikan terpilih.
KAKITANGAN Harvey Norman menyerahkan sumbangan kepada rumah kebajikan terpilih.

Kuala Lumpur: Penduduk Kuantan, Pahang kini boleh menikmati peluang mendapatkan barangan keperluan kediaman berkualiti dari Harvey Norman selepas ia membuka kedai pertamanya di Pahang di Berjaya Megamall Kuantan.

Harvey Norman Berjaya Megamall Kuantan Superstore menjanjikan keselesaan dan persekitaran kondusif untuk membeli-belah dengan menawarkan rangkaian luas peralatan elektrik, peranti mudah alih, perabot dan produk peralatan tempat tidur.

Bagi menghargai detik permulaan operasi di daerah Kuantan, pasukan Harvey Norman menyumbangkan keperluan rumah kepada rumah kebajikan terpilih di daerah ini.

Latihan tanggungjawab sosial korporat ini membabitkan peralatan elektrik RM88,000 meliputi peralatan memasak, komputer riba dan peranti mudah alih, perabot dan peralatan tempat tidur kepada tiga badan amal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 6:20 AM