MESSI (tengah) diasak pertahanan Bilbao Xavier Etxeita.
MESSI (tengah) diasak pertahanan Bilbao Xavier Etxeita.
AFP

Madrid: Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat akibat masalah hamstring sambil ledakan hatrik Luis Suarez membolehkan Barcelona menang 6-0 ke atas Athletic Bilbao yang menamatkan saingan dengan 10 pemain, awal pagi semalam.

Real Madrid kekal dua mata di belakang Barca ketika anak buah Zinedine Zidane itu mempamer aksi cemerlang apabila menghasilkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama sebelum menang 5-1 ke atas Sporting Gijon.

Begitupun, kegembiraan Zidane sedikit terjejas berikutan kecederaan yang dialami Gareth Bale.

Atletico Madrid kekal di puncak La Liga apabila Antoine Griezmann menghasilkan dua gol bagi membolehkan pasukannya menang 3-0 di Las Palmas.

Messi menghadiahkan anugerah Ballon d’Or yang dimenanginya buat kali kelima kepada peminat sebelum perlawanan bermula di Nou Camp dan hanya memerlukan tiga minit untuk menghasilkan gol pertama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:40 AM