Messi (kanan) ledak gol menerusi penalti. FOTO AFP
Messi (kanan) ledak gol menerusi penalti. FOTO AFP
AFP

LIONEL Messi meledak gol ke-700 dalam kariernya tetapi Barcelona sekali lagi menerima tamparan dalam usaha memburu gelaran La Liga selepas seri 2-2 berdepan Atletico Madrid, pagi ini.

Messi menyempurnakan penalti untuk satu lagi pencapaian baik di Camp Nou tetapi Atletico membalas dengan dua penalti yang disempurnakan Saul Niguez selepas Barca mendahului menerusi gol sendiri Diego Costa.

Keputusan itu memberikan peluang buat Real Madrid untuk mencipta jurang empat mata di puncak liga jika mereka mengatasi Getafe di laman sendiri pagi esok, kelebihan selesa berbaki lima perlawanan.

Berdasarkan kelebihan berbanding Barca, ia memberikan Madrid peluang meraih trofi ketika tiada jaminan Barcelona boleh menamatkan musim dengan lebih baik.

Keputusan seri berikut adalah yang ketiga dalam empat saingan yang menampakkan sudah ada masalah antara pemain dan staf kejurulatihan yang mencetuskan tanda tanya mengenai nasib masa depan Quique Setien.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 7:57 AM