MESSI (kanan) memberi impak dengan segera selepas dimasukkan sebagai pemain gantian. FOTO AFP
MESSI (kanan) memberi impak dengan segera selepas dimasukkan sebagai pemain gantian. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi menjaringkan gol terpantas sebagai pemain simpanan di La Liga apabila dia hanya memerlukan 136 saat selepas dimasukkan bagi membantu Barcelona menang 3-2 ke atas Real Betis.

Messi adalah antara beberapa pemain utama yang direhatkan apabila Ronald Koeman tmahu memberi tumpuan untuk aksi separuh akhir Copa del Rey berdepan Sevilla ketika cabaran Barca semakin malap dalam memburu gelaran La Liga.

Kekalahan boleh menyebabkan ia dipersoalkan tetapi Messi menyamakan kedudukan kurang daripada tiga minit selepas masuk pada babak kedua dan kemudian membantu Francisco Trincao menjaringkan gol kemenangan lewat permainan.

Ia adalah jaringan sulung pemain berusia 21 tahun itu buat Barcelona.

"Dia berjaya mengubah permainan," kata Koeman apabila ditanya mengenai aksi Messi selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Koeman mengakui bahawa beliau merehatkan pemain utama bagi menumpukan kepada saingan Copa del Rey.

"Ia adalah disebabkan Copa del Rey namun kami juga harus membuat keputusan bila masa terbaik untuk merehatkan pemain. Meraih piala domestik adalah jalan singkat untuk memenangi trofi musim ini," katanya.

Pasukan bimbingan Koeman ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu La Liga, Atletico Madrid, yang kurang dua perlawanan dan bakal berdepan Celta Vigo di laman sendiri awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 12:47 PM