Rafael Nadal meraikan kejayaan mara ke final. FOTO Reuters
Rafael Nadal meraikan kejayaan mara ke final. FOTO Reuters
Agensi

PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal mara ke final Terbuka Mexico selepas menewaskan Grigor Dimitrov.

Pemain Sepanyol berusia 33 tahun, yang berada di landasan tepat untuk pemburuan gelaran ketiga di Mexico, mengatasi pemain Bulgaria itu 6-3, 6-2 pada aksi separuh akhir.

Dia akan berdepan pemain berusia 22 tahun, Taylor Fritz, yang bangkit dari ketinggalan mengatasi rakan dari Amerika, John Isner 2-6, 7-5, 6-3 di Acapulco.

Pemain nombor 35 dunia, Fritz menewaskan pemain Britain, Kyle Edmund pada aksi lapan terakhir.

Fritz tidak pernah berdepan Nadal, yang memenangi setiap set perlawanan dalam pemburuan final Mexico ketiga, 15 tahun selepas kejayaan yang pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 8:35 PM