Querrey (kiri) bersama trofi kejayaan mengalahkan Nadal. FOTO REUTERS
Querrey (kiri) bersama trofi kejayaan mengalahkan Nadal. FOTO REUTERS
AFP

Acapulco: Pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat Sam Querrey mengejutkan pilihan kedua Rafael Nadal 6-3, 7-6 (7/3) untuk menjuarai kategori perseorangan lelaki Terbuka ATP Mexico, hari ini.

Kekalahan itu menamatkan aksi permainan sempurna pemain Sepanyol itu di Acapulco.

Querrey, berada pada ranking ke-40 dunia, meledak 19 aces dalam laluan meraih kejayaan pertama karier mengatasi Nadal dalam lima pertembungan.

Nadal muncul juara kejohanan itu pada 2005 dan 2013 belum pernah tewas satu set pun di Acapulco.

Querrey pula meraih kejayaan kesembilan gelaran ATP mempamer aksi cemerlang menewaskan empat pemain Top 10 termasuk pemain Belgium David Goffin, Dominic Thiem (Austria), Nick Kyrgios (Australia) dan ranking keenam Nadal.

Dia akan kembali berada dalam kedudukan 30 teratas dalam ranking dunia esok.

Nadal beraksi pada kejohanan pertamanya sejak kecundang kepada Roger Federer dalam pertarungan lima set pada final Terbuka Australia dinafikan kejayaan gelanggang permukaan keras sejak 2014 di Doha.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 3:17 PM