FRITZ muncul juara Terbuka Atlanta. FOTO AFP
FRITZ muncul juara Terbuka Atlanta. FOTO AFP
AFP

Miami: Pemain nombor sembilan dunia, Taylor Fritz berjaya bangkit pada aksi goyah di set kedua untuk meraih kejuaraan keenam dalam kariernya selepas mencatat kemenangan ke atas Alexsandar Vukic di Terbuka Atlanta.

Pemain nombor satu Amerika Syarikat itu berhempas-pulas untuk mengatasi lawannya dari Australia yang menduduki ranking ke-82 dunia bagi mencatat kemenangan 7-5, 6-7 (5/7), 6-4 dalam tempoh dua jam 16 minit.

Fritz kelihatan mampu untuk mencatatkan kemenangan straight set selepas dua kali berada di kedudukan mata akhir pada kedudukan 6-5 ketika Vukic melakukan servis.

Bagaimanapun, Vukic mempamerkan perwatakan melawan untuk bangkit sebelum mengheret aksi ke tie break.

Pemain berusia 27 tahun dari Sydney itu kemudiannya bergantung pada servis mantapnya untuk memenangi tie break tatkala Fritz melepaskan peluang keemasan mencatat kemenangan.

Bagaimanapun, Fritz kembali tenang pada set penentuan, mendahului 4-3 pada permainan ketujuh sebelum bertahan 5-3.

Vukic kemudiannya cuba bangkit tetapi menemui jalan buntu apabila Fritz menghasilkan permainan servis yang dominan untuk melakar kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2023 @ 8:37 AM