Ruud di landasan terbaik untuk meraih kejuaraan Terbuka Mexico. FOTO AFP
Ruud di landasan terbaik untuk meraih kejuaraan Terbuka Mexico. FOTO AFP
Reuters

Acapulco: Casper Ruud mengatasi saingan sengit daripada pilihan kedua Holger Rune untuk meraih kemenangan 3-6, 6-3, 6-4, seterusnya mara ke final Terbuka Mexico.

Ruud bakal berdepan juara bertahan, Alex de Minaur yang sebelum itu memperoleh kemenangan percuma hasil penarikan diri Jack Draper.

Ia akan menjadi perlawanan akhir kedua Ruud di Mexico dalam tempoh beberapa minggu, tetapi dia akan mengharapkan keputusan yang lebih baik selepas ditewaskan di Los Cabos oleh seorang lagi pemain Australia, Jordan Thompson.

Pemain Norway itu ditekan hebat oleh Rune yang juga pemain ranking ketujuh dunia dalam keadaan yang mencabar secara fizikal di Acapulco.

Terdahulu, De Minaur kembali ke final apabila pemain Britain, Draper menarik diri dalam satu lagi aksi separuh akhir kerana isu yang tidak didedahkan ketika ketinggalan 3-6, 6-2, 0-4.

"Ia tidak pernah mudah. Saya fikir ia mengenai jenis peringkat dalam perlawanan itu. Jadi itulah sebabnya ia sangat penting untuk mencuba dan mendahului walaupun dalam set ketiga itu," kata De Minaur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 4:46 PM