FRITZ gembira selepas mara ke final Terbuka Atlanta. FOTP AFP
FRITZ gembira selepas mara ke final Terbuka Atlanta. FOTP AFP
Reuters

Atlanta: Taylor Fritz berada di landasan terbaik untuk meraih kejuaraan kedua di permukaan keras di Amerika Syarikat musim ini selepas menang 6-3, 7-5 ke atas JJ Wolf di separuh akhir Terbuka Atlanta.

Fritz yang diletakkan sebagai pilihan utama, mematahkan servis Wolf pada permainan kedua perlawanan itu kemudian dua kali menggagalkan servis lawan untuk memenangi set pertama.

Fritz kemudian mematahkan servis Wolf sekali lagi untuk mendahului 6-5 pada set kedua sebelum melakukan servis kemenangan.

"Ia benar-benar mantap, saya melakukan servis dengan baik sepanjang perlawanan," kata Fritz, yang mencatatkan 13 ace berbanding lima untuk pilihan kelapan, Wolf.

"Setiap kali saya menghadapi masalah, saya bermain banyak mata yang bagus. Saya hanya melakukan apa yang saya sepatutnya lakukan dan tidak memberinya banyak peluang."

Fritz akan memulakan misi meraih kejuaraan keenam dalam kariernya dengan berdepan sama ada pilihan ketujuh, Ugo Humbert dari Perancis atau wakil Australia, Aleksandar Vukic.

Fritz mara ke final dengan rekod 17-9 berdepan pemain ranking 50 terbaik dunia musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 9:04 AM