JANGAN hadkan kasut putih hanya untuk sneakers sahaja.
JANGAN hadkan kasut putih hanya untuk sneakers sahaja.
Hafiz Ithnin

PEMAKAIAN kasut putih sememangnya menjadi trend kerana ia mampu menjadi titik fokal dalam pemakaian dan mudah untuk dipadankan.

Ketika ini pemakaian kasut putih begitu luas untuk digayakan dengan pelbagai busana sama ada dalam untuk acara formal atau kasual.

Tidak dinafikan juga bagi sesetengah individu mempunyai sepasang kasut putih sudah menjadi kemestian di dalam almari kasut kerana ia adalah rona kasut yang paling mudah untuk digayakan.

Justeru, Wanita Metro (WM) pada kali ini ingin berkongsi beberapa panduan dalam pemakaian kasut putih untuk anda yang gemar menyarungkannya.

1. Pastikan rona busana sesuai.

Meskipun kasut putih dilihat mudah untuk dipadankan dengan pelbagai rona pakaian tetapi ia boleh menjadi janggal jika terdapat begitu banyak rona dalam pakaian dan dipadankan dengan sepasang kasut putih.

Lebih menarik jika di dalam busana yang digayakan mempunyai sedikit rona putih supaya ia boleh menjadi padanan menarik dengan kasut anda.

2. Pilih jenis kasut yang sesuai.

Terdapat pelbagai kasut yang ditawarkan di atas pentas fesyen bermula dari kasut tumit tinggi sehinggalah sneakers.

Pilihan jenis kasut berona putih juga perlu dipadankan dengan kesesuaian pakaian, acara dan situasi. Perkara ini penting kerana terdapat individu yang merasakan mempunyai sepasang sneakers putih sahaja sudah memadai untuk disarungkan dalam semua acara yang dihadiri.

Jika anda perlu menghadiri acara yang lebih serius dan mempunyai protokol pakaian tertentu sudah pasti menyarungkan sneakers putih tidak tepat dan mungkin akan kelihatan canggung.

Justeru, pastikan di dalam almari kasut terdapat sepasang kasut putih untuk kasual dan sepasang lagi untuk acara lebih formal.

3. Pemilihan stokin

Rona putih sering kali dianggap mudah untuk dipadankan dengan sebarang rona yang lain kerana ia bersifat 'natural.'

Namun, perlu diingatkan apabila anda menyarungkan stokin pada sepasang kasut berona putih, stokin itu akan menjadi titik fokal pandangan jika ia mudah kelihatan. Apatah lagi, jika anda menyarungkan stokin jenis panjang.

Pastikan stokin yang dipadankan dengan kasut putih mampu menjadi 'pengantara' yang menarik dengan busana terutama di seluar atau skirt.

PASTIKAN kasut putih anda dijaga dari segi kebersihannya.
PASTIKAN kasut putih anda dijaga dari segi kebersihannya.

4. Kebersihan.

Warna putih pasti mudah dilihat jika terkena kotoran. Meskipun anda seorang yang ranggi dan melihat kasut putih yang sudah kotor sebagai satu 'seni berat' pada pandangan peribadi.

Namun, ia sebenarnya tidak di mata khalayak. Justeru pastikan kasut putih yang anda sarungkan dalam keadaan bersih.

Ketika ini terdapat banyak cecair semburan yang memudahkan anda untuk mengelap sahaja kasut putih jika terkena kotoran.

PASTIKAN stokin mampu menjadi pengantara yang baik antara kasut putih dan busaya yang digayakan.
PASTIKAN stokin mampu menjadi pengantara yang baik antara kasut putih dan busaya yang digayakan.

5. Jangan takut untuk mencuba

Sekiranya anda seorang yang khuatir untuk menyarung kasut berwarna putih dan tidak pernah mengenakannya dalam busana, jangan takut mencuba.

Kasut berona putih begitu menarik jika bijak dipadankan dengan busana yang betul. Kadang-kala apabila anda menghadiri acara separa formal, kasut sneaker berwarna putih dengan pakaian formal akan kelihatan begitu santai dan menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2022 @ 6:11 AM