GAYA utilitarian berinspirasi daripada busana tentera.
GAYA utilitarian berinspirasi daripada busana tentera.
Hafiz Ithnin


Wanita hari ini boleh dikatakan cukup berani bereksprementasi dalam bergaya. Malah, jika dahulu mungkin rona dan gaya dalam pemakaian hanya sinonim digayakan oleh lelaki, kini tidak lagi.

Gaya maskulin dalam kalangan wanita di dunia fesyen bukan juga sesuatu yang baharu kerana ia mampu memberi kesan yang positif kepada keyakinan si pemakaian.

Penganalisis fesyen, Profesor Dr Zuhailii Akmal Ismail berkata, pemain industris fesyen antarabangsa sudah lama mempraktikkan pengenalan busana untuk wanita yang mampu menonjolkan kuasa maskulin.

"Malah, gaya dalam pemakaian tidak dapat dinafikan mampu memberi kuasa kepada si pemakai apabila berada di khalayak.

"Apatah lagi, jika seseorang wanita itu mengayakan busana yang sinonim dengan lelaki, tetapi disuai padankan dengan gaya feminin, pastinya mampu menonjolkan kuasa dalam kelembutan," katanya.

Justeru, Dr Zuhaili kongsikan tip pemakaian yang mampu menonjolkan gaya maskulin kepada kaum hawa.

‘OVERSIZED blazer’ semakin ramai wanita mengayakannya.
‘OVERSIZED blazer’ semakin ramai wanita mengayakannya.

1. Blazer 'oversized'

Blazer 'oversized' yang memiliki potongan ala tahun 80-an dengan siluet longgar dan potongan lebar. Malah, blazer potongan ini boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Untuk gaya bersahaja, suai padankan blazer ini dengan seluar denim jean dan 'sneakers'. Bagi penampilan yang lebih feminin, gaya itu pasti akan lebih menyerlah dengan 'dress' panjang polos dan sepatu tumit rendah.

Bagi saya, potongan blazer ini bagaikan manifestasi yang memberi nafas baharu kepada generasi wanita moden yang ingin mengharungi rona kehidupan dan kerjaya. Begitu klasik, tetapi pasti memberi impak kepada keyakinan.

PILIH jumpsut yang tidak mengikut bentuk badan mampu menonjolkan gaya lebih menarik.
PILIH jumpsut yang tidak mengikut bentuk badan mampu menonjolkan gaya lebih menarik.

2. Jumpsut

Suai padan jumpsut sangat sesuai untuk sebarang acara. Elakkan dari pemilihan saiz yang mengikut bentuk tubuh badan. Bagi gaya ini, pilihan saiz yang sedikit besar membuatkan si pemakai lebih kelihatan 'stailo'.

Pasti tidak akan rasa kekok untuk bergerak. Suai padankan dengan kasut tumit tinggi untuk melengkapkan penampilan yang memukau.

Pilihan gaya ini amat sesuai bagi 'hijabista' untuk kelihatan 'boho chic' dan 'effortless'. Untuk kelihatan lebih bergaya, anda boleh menggayakan tas tangan dengan rona yang senada dengan selendang sutera anda.

Stail monokrom ini dilengkapkan dengan gincu merah untuk dunia kenali anda sebagai wanita yang berani dan ada keyakinan diri.

MEMILIH palazzo sesuai untuk semua bentuk badan.
MEMILIH palazzo sesuai untuk semua bentuk badan.

3. 'Boyfriend shirt'

Memberikan sentuhan klasik dan elegan, suai padan dengan busana kemeja putih bersaiz besar atau 'boyfriend shirt' serta dipadan dengan seluar denim untuk ekspresi bersahaja.

Kemeja 'oversize' putih ini sangat versatil untuk gaya bersahaja dan mudah disuai padan. Bagi memberi keselesaan, pilihan material seperti polyblend adalah pilihan saya kerana tidak nipis, sejuk dan kainnya yang lembut.

Gayakan 'half tuck' dengan memasukkan bahagian satu sisi kemeja sahaja dan celana potongan 'skinny,' sudah cukup untuk kelihatan 'effortless' dan 'tres chic.'

4. Palazzo

Seluar palazzo ini sangat sesuai bagi semua bentuk badan kerana potongan seluar yang memberi keseimbangan kepada bahagian pinggul dan paha.

Tip saya, elakkan dengan suai padan blaus yang labuh. Jika blaus anda sedikit labuh, masukkan blaus anda dalam dengan 'loose tuck-in.'. Tidak perlu 'tuck in' semua dalam seluar atau dikenali sebagai 'full tuck' kerana ia kelihatan selekeh.

Gayakan blaus anda dengan 'half-tuck' yang kelihatan 'effortless,' 'front tuck' yang 'stailo' atau 'loose full tuck.' Lengkapkan dengan kasut bertumit seperti kasut 'mules' bertumit dan jangan sesekali suai padan dengan 'flats' kerana akan kelihatan tenggelam dengan penggayaan ini.

Kasut jenis 'mules' bertumit sangat sesuai untuk dijadikan pelengkap gaya kontemporari.

5. Utilitarian

Gaya utilitarian mendapat inspirasi dari busana ketenteraan dan pakaian lelaki. Utilitarian adalah paduan busana 'fitted' dan 'baggy' untuk kelihatan 'effortless.' Pilihan saya untuk gaya ini adalah seluar kargo yang disuai padan dengan 'jumper' dan mainan rona warna khaki, 'olives' dan neutral.

Untuk melengkapkan gaya utilitarian, 'military boot' berwarna hitam sangat sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan gaya ini yang begitu 'glam chic'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 6:45 AM