Mohd Iskandar Ibrahim


Putrajaya: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Ketua Pengarah Pelajaran, Azman Adnan, berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Katanya, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022.

FOTO HIASAN
FOTO HIASAN

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 9:46 AM