GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang sedang tidur 'diserang' lima lelaki sebelum diperkosa secara gilir-gilir di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun, ketika itu sedang tidur di dalam biliknya tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

Menurut sumber, suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan terkutuk itu.

"Selepas memperkosa mangsa mereka terus melarikan diri menyebabkan dia cedera dan lebam di tangan.

"Trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, suspek sedang dikesan selepas melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2023 @ 12:37 PM