GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Empat lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan masih berada dalam negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang giat mengesan empat suspek berusia antara 20-an hingga 30-an

"Walaupun suspek utama iaitu abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu sudah dituduh mengikut Seksyen Seksyen 107 Kanun Keseksaan (KK) bersama Seksyen 375B KK.

"Kita masih giat mengesan keempat-empat suspek dipercayai melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Ashari dilaporkan berkata, abang ipar mangsa berusia 29 tahun dipercayai terbabit penagihan dadah.

"Abang ipar didapati positif dadah methamphetamin,"katanya.

Sebelum ini, polis menahan abang ipar mangsa pada Sabtu lalu di hadapan sebuah kedai di Wangsa Maju dekat sini.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa berusia 27 tahun itu tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada 3.30 pagi.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir tiga lelaki dipercayai rakan abang iparnya.

Ketika kejadian, Siti Kamsiah dilaporkan berkata, anak buah mangsa terlihat kesemua suspek termasuk termasuk rakan abang ipar serta seorang lagi rakan pulang ke rumah.

Perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek dan selepas merogol mangsa, semua suspek melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 2:16 PM