LOKASI kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. FOTO Bernama
LOKASI kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. FOTO Bernama
Raja Noraina Raja RahimMuhaamad Hafis NawawiMohd Haris Fadli Mohd Fadzil dan Ruwaida Md Zain dan Norzamira Che Noh


Klang: "Dia (Muhamad Hafiz Muhamad Salleh) dalam perjalanan mengambil pesanan terakhir dan sepatutnya berehat jam 3 petang," kata ketua 'rider' Zon Subang 2, Mohd Fairuz Imam Mahdi.

Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang juga penghantar makanan adalah mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.

Mohd Fairuz berkata, berdasarkan rekod penerimaan pesanan, arwah dalam perjalanan mengambil sup gear box dari sebuah restoran untuk dihantar kepada pelanggan di Bukit Jelutong, Shah Alam.

"Arwah baru saja selesai menghantar makanan kepada seorang pelanggan di Jalan Elektron, U16 Shah Alam.

"Tapi kemudian dia menerima tempahan penghantaran baharu dari sebuah kedai sup gear box di Bukit Jelutong untuk dihantar kepada pelanggan di kawasan sama.

"Dalam sistem dia menerima tempahan itu dan kemungkinan besar dia dalam perjalanan ke Bukit Jelutong sebelum terbabit nahas itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Mohd Fairuz berkata, sistem gagal mengesan pengemaskinian kedudukan Global Positioning System (GPS) Muhamad Hafiz pada jam 2.57 petang.

"Sistem penghantaran makanan akan terhenti sendiri disebabkan mangsa tidak sampai ke lokasi. Malah ketika itu GPS juga langsung tidak dapat kesan," katanya.

Katanya, mangsa sepatut berehat pada jam 3 petang dan menyambung semula penghantaran pada jam 4.45 petang.

Dia dan rakan penghantar di Subang 2 hanya mengetahui kejadian itu beberapa jam selepas kejadian dan masih terkejut dengan kejadian menimpa mangsa.

Mohd Fairuz berkata, salah seorang rakan antara individu yang pertama menyebarkan video nahas tetapi tidak perasan ia adalah Muhammad Hafiz kerana tiada tanda mangsa penghantar makanan.

Seorang lagi rakannya, Mohd Noramin Ismail, 36, berkata, kali terakhir arwah berborak dalam kumpulan WhatsApp pada jam 2.31 petang.

"Dia tanya khabar saya kerana dan lama tak jumpa saya. Saya mengajak untuk bersama-sama mendapatkan makanan percuma yang diedarkan McDonalds," katanya.

Katanya, Muhammad Hafiz adalah graduan Ijazah Kejuruteraan Pembinaan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sahabat yang baik serta sudah lama bertugas sebagai penghantar sejak tahun 2019.

Sementara itu, isteri kepada pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari yang terkorban dalam nahas terbabit ketika ditemui enggan ditemubual.

Wanita dikenali Suriani kelihatan masih bersedih dan terkejut dengan kejadian menimpa suaminya itu.

Berita berkaitan:

'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan''Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'

'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 3:01 PM