Bangunan Menara SPR. FOTO Bernama
Bangunan Menara SPR. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai, Pahang.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi Dun itu susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lepas.

Beliau berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dun Pelangai.

"Mesyuarat khas tersebut di mana tarikh-tarikh penting PRK Pelangai seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan," katanya.

Ikmalrudin berkata mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

"Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N36 Pelangai, Pahang, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR," katanya.

Allahyarham Johari, merupakan seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Jenazah Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, Selangor, semalam.

Berita berkaitan:

Tragedi Elmina: Kotak perakam suara kokpit hangus

Pengecaman mayat sukar tetapi dipermudahkan, siap sehari awal

Jenazah Johari Harun selamat dikebumikan

Polis rakam keterangan 3 pemilik 'dashcam'

Anak imamkan solat jenazah Johari

Penyelamat pertama kongsi pengalaman

'Saya tak tahu apa kebaikan abang, semua dipermudahkan'

Polis sahkan hanya 10 mangsa terbabit nahas pesawat terhempas

Tindakan pantas guru tadika selamatkan dua anak muridnya

Lokasi nahas pesawat jadi tumpuan orang ramai

'Saya sudah tengok gambar jenazah suami, biarlah ia jadi rahsia sepanjang hidup saya'

Allahyarham Muhamad Hafiz sanggup kerja siang malam demi majlis perkahwinan adik

Terima panggilan terakhir arwah minggu lalu - Ibu Muhammad Hafiz

'Tiga hari lalu kami bersembang panjang, arwah minta tengokkan keluarganya di Perlis'

Allahyarham Idris tinggalkan tiga anak termasuk berusia 54 hari

Adik beritahu nak balik kampung cuti sekolah, tapi dia balik 'sungguh'

'Arwah abang teruja naik pesawat mewah, banyak gambar dikongsikan'

'Ayah beri dua gambar minta saya simpan' - Anak pemandu e-hailing

Pengguna jalan raya rakam detik pesawat terhempas diminta tampil

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 6:35 PM