SITUASI terkini berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. FOTO Bernama
SITUASI terkini berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. FOTO Bernama
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina di sini, pada 2.40 petang, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan krew pesawat.

Katanya, dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

LOKASI kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. FOTO Bernama
LOKASI kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. FOTO Bernama

"Pesawat peribadi itu berlepas dari Langkawi dan dijangka mendarat di Subang pada jam 2.50 petang.

"Pesawat berkenaan juga sudah mendapat 'clearance' untuk mendarat bagaimanapun, ia terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

"Setakat ini, semua mangsa yang terbabit meninggal dunia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketika ditanya adakah sama ada terdapat orang kenamaan terbabit dalam kemalangan itu, Hussein mengesahkan perkara itu bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa individu yang terbabit.

Berita berkaitan:

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 5:30 PM