REMY Ishak bersama Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, juruterbang pesawat ringan yang terhempas semalam.
REMY Ishak bersama Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, juruterbang pesawat ringan yang terhempas semalam.

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Remy Ishak memaklumkan dia mengenali Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di Seksyen U16, Shah Alam, petang semalam dan mereka baru berjumpa di sebuah restoran di Shah Alam, Selasa lalu.

Remy menerusi Instagram, malam tadi turut memuat naik beberapa gambar pertemuannya bersama Allahyarham.

"Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Takziah buat Shefa (isteri Allahyarham Shahrul Kamal) dan keluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal dalam nahas pesawat di Elmina, semalam.

"Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam.

"Hari ini (semalam) buka WhatsApp dapat berita menyedihkan ini. Saya sangat dukacita dengan berita ini, Shefa.

"Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang beriman. Amin ya rabb!" tulisnya di Instagram.

Allahyarham Shahrul Kamal adalah antara 10 yang maut dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang, semalam.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam.

Berita berkaitan:

Johari naik pesawat atas urusan kerja - Speaker DUN Pahang

Ujian DNA waris mangsa di IPD Klang Selatan

Enam mayat sudah ditemui

Ada mayat sempurna - Dr Zaliha

'Adik sayang mama sangat-sangat' - ayat terakhir juruterbang kepada ibunya

Agong, Permaisuri dukacita pemergian rakan akrab, Johari

Juruterbang Beechcraft berpengalaman luas - CAAM

10 pegawai forensik terbabit bedah siasat mangsa pesawat terhempas

Bukan hanya Datuk Johari, beberapa mangsa lain saya kenal rapat - Hamzah

'Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina' - Ikwan Hafiz Jamaluddin

Mayat ditemukan tidak sempurna

Pesawat melencong ke kanan dari laluan penerbangan sebelum terhempas

Identiti lapan individu pesawat terhempas dikenal pasti

PM, menteri ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat

MB Pahang minta tidak sebar imej, video mangsa nahas

Pesawat terhempas tragedi kedua di Elmina

'Semoga roh Allahyarham Johari dicucuri rahmat' - Speaker Dun Pahang

Adun Pelangai, Johari Harun antara korban nahas pesawat

Agong cemar duli tinjau lokasi pesawat ringan terhempas

Jet Valet beri kerjasama penuh dalam siasatan nahas pesawat

Adun ke Langkawi untuk hadiri mesyuarat

Polis sahkan 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Mangsa jerit Allahuakbar

'Saya nampak ada orang rentung, saya tak dapat buat apa-apa'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 9:44 AM