Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Seorang pereka grafik dan deejay kacukan Kanada didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian teman wanitanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Sean Edward Kenneth Quinn kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

"Faham," katanya ringkas.

Bagaimanapun, tidak pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sean, 30, didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Redzuan, 24, di sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara, jam 3 pagi, 12 Julai lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Sean diwakili peguam, Vivek Sukumaran manakala pendakwaan dikendalikan, Sareeka Balakrishnan.

Majistret kemudian menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes.

SEAN Edward dituduh menyebabkan kematian teman wanitanya. FOTO Saifullizan Tamadi
SEAN Edward dituduh menyebabkan kematian teman wanitanya. FOTO Saifullizan Tamadi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 3:04 PM