GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Pas hampir pasti mencipta rekod apabila memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kemenangan itu menyaksikan Pas merampas tiga kerusi milik Barisan Nasional (BN) iaitu Parlimen Ketereh, Parlimen Gua Musang dan Parlimen Machang.

Daripada 14 kerusi Parlimen berkenaan, enam Parlimen sudah selesai proses pengiraan yang kesemuanya dimenangi oleh Pas.

Keputusan itu juga amat mengejutkan apabila calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memegang Parlimen berkenaan selama 11 penggal akhirnya dikalahkan dengan calon Pas, Mohd Azizi Abu Naim.

Malah, kerusi Parlimen Machang yang disandang Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga dirampas oleh calon Pas, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 11:03 PM