Kelly Jacobs (kiri) dan James 'Wyatt' Dentel. FOTO Agensi
Kelly Jacobs (kiri) dan James 'Wyatt' Dentel. FOTO Agensi
Agensi

Amsterdam: Tidak hanya menjalin hubungan cinta, seorang wanita di Belanda sanggup menerima lamaran untuk berkahwin dengan banduan lelaki yang tidak pernah ditemuinya.

Lebih mengejutkan, Kelly Jacobs, 28, sanggup mengahwini James 'Wyatt' Dentel walaupun lelaki itu tidak akan dibebaskan sehingga 2032.

Ia kerana lelaki itu masih menjalani hukuman di Snake River Correctional Institution di Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Wyatt dihukum penjara selama 20 tahun pada 2019 kerana menembak empat lelaki dan menggunakan senjata api yang tidak sah dalam insiden pada 2012 itu.

Meskipun terkurung dalam tirai besi, ia tidak menghalang Wyatt untuk mencari pasangan iaitu Kelly yang menetap sejauh kira-kira 8,047 kilometer (km) darinya.

Wyatt dikatakan melamar Kelly melalui panggilan video dan pasangan itu kini merancang meraikan hari bahagia mereka pada Oktober depan.

Selain cincin pertunangan yang mewah, Kelly menandakan ikatan mereka dengan tatu huruf W pada jari.

"Dia melamar dengan cincin dibuat di penjara kemudian dia meminta seseorang memesan cincin buat saya," kata Kelly yang sudah tamat pengajian dan mahu bekerja dalam bidang psikiatri.

Menurut Kelly, dia tahu mengenai latar belakang kekasihnya itu dan punca dimasukkan ke dalam penjara.

"Wyatt bersama teman wanitanya berada di sebuah bar dan mereka diserang oleh lima individu tidak dikenali.

"Dia berusaha melindungi dirinya dan kekasihnya, lalu mengacu pistol dan menembak empat daripada mereka tetapi tiada ada yang mati," katanya.

Kelly berkata, Wyatt bimbang jika tidak dapat menghubunginya atau ditinggalkan.

"Dia juga bimbang bagaimana reaksi saya jika ada lelaki lain datang menggoda.

"Bagaimanapun, dia yakin saya akan menunggunya kerana saya bukan jenis orang yang pergi ke pesta atau bersosial.

"Kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah tiada keserasian fizikal ketika kami bertemu untuk pertama kalinya tetapi saya tidak terlalu risau," katanya.

Selepas Covid-19 berakhir, Kelly merancang untuk menetap berhampiran dengan penjara yang menempatkan Wyatt supaya dapat melawat pasangannya itu dengan lebih kerap.

"Saya baru saja membeli tiket pertama untuk melawatnya sebelum ini tetapi terpaksa membatalkannya kerana sekatan perjalanan," katanya.

Pada akhir 2019, Kelly mengakses laman web, writeaprisoner.com dan memilih untuk berinteraksi dengan Wyatt.

"Saya tidak memilih .Saya sukakan seorang yang peramah.

"Ibu bapa saya benar-benar terkejut pada mulanya tetapi dapat menerima Wyatt selepas beberapa kali bersembang dengannya di dalam talian.

"Wyatt juga pernah me nulis surat kepada ayah saya dan hubungan kami mendapat restu.

"Ayah akan bersama saya majlis perkahwinan. Saya juga bernasib baik kerana keluarga dan rakan menyokong hubungan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 6:30 AM