ZURINAWATI bersyukur selepas suaminya Mohd Nazril kini pulih daripada kecederaan walaupun masih perlu menjalani proses pemulihan saraf. FOTO ihsan Zurinawati Mohi
ZURINAWATI bersyukur selepas suaminya Mohd Nazril kini pulih daripada kecederaan walaupun masih perlu menjalani proses pemulihan saraf. FOTO ihsan Zurinawati Mohi
Ekhwan Haque Fazlul Haque


HARI ini setahun lalu, wanita ini dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila suami tercinta antara mangsa tembakan rambang di Masjid An-Noor, Christchurch, New Zealand.

Namun, selepas 12 bulan, Profesor Madya Dr Zurinawati Mohi, 49, mampu menadah tangan mengucap kesyukuran selepas melihat suaminya Mohd Nazril Hisham Omar, 47, kini sudah pulih daripada kecederaan walaupun masih perlu menjalani proses pemulihan saraf.

Menceritakan perkembangan terbaru itu, Zurinawati berkata, suaminya kini masih menetap di Christchurch bersama tiga anak lelakinya kerana mereka melanjutkan pengajian di negara berkenaan.

“Suami kini sudah pulih namun tidak dinafikan trauma dengan kejadian masih belum dapat dilupakan sepenuhnya. Adakala dia akan menjadi curiga dengan persekitaran kerana terbayang kejadian yang berlaku.

“Namun, dari hari ke hari perkembangan positif ditunjukkan suami dan kini sudah mula bekerja semula di gudang pembekal barangan keperluan harian di Christchurch namun untuk empat jam sehari manakala waktu bekerja selebihnya diberikan pelepasan oleh majikan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, setakat ini Mohd Nazril perlu menjadi rawatan saraf kerana kesan daripada tembakan ditembak di pinggang dan ibu jari kaki

menyebabkan ‘isyarat’ yang dihantar ke otak adakalanya tidak tepat.

Namun, kata Zurina, rawatan yang disediakan kerajaan New Zealand terhadap mangsa kes berkenaan berterusan sehingga mereka disahkan pulih sepenuhnya dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya juga mengambil cuti separuh gaji dan tanpa gaji untuk menetap sementara di Christchurch bagi memastikan keadaan suami pulih sementara membantu menguruskan tiga anak lagi.

“Selepas keadaannya pulih, saya pulang semula ke tanah air untuk meneruskan kerjaya pada Januari lalu. Namun setiap hari saya akan berhubung dengan mereka untuk memantau keadaan,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Katanya, beliau dan ahli keluarga yang lain bersyukur kejadian maut itu tidak meragut nyawa suaminya walaupun ditembak penyerang namun sokongan berterusan akan diberikan untuk menaikkan semula motivasi dan semangat.

Nazril Hisham antara tiga rakyat Malaysia yang cedera ditembak pengganas dalam kejadian serangan pengganas di New Zealand pada 15 Mac lalu.

Kejadian tembakan pada 1.40 tengah hari Jumaat (waktu tempatan) di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood itu mengorbankan 51 nyawa manakala lebih 40 cedera.

Anak lelaki kepada seorang mangsa, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, turut disahkan terkorban dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, lelaki yang dituduh menembak mati 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mac tahun lalu, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Christchurch pada 14 Jun 2019 atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan keganasan.

Berita berkaitan:

  • Pengganas Christchurch mengaku tidak bersalah
  • Sentiasa di sisi Nazril
  • Raikan Syawal dengan suami, keluarga tercinta di Christchurch
  • 'Eggboi' derma wang untuk mangsa Christchurch
  • Pengganas Christchurch didakwa 51 tuduhan membunuh
  • Sebak di Masjid Linwood
  • New Zealand umum 29 Mac hari peringatan negara
  • Bintang All Blacks lawat Nazril
  • Semua mangsa tembakan sudah dikenal pasti
  • Takkan ku sebut nama pengganas - Ardern [METROTV]
  • Nekad halang pengganas
  • Pengganas serang dua masjid bersendirian
  • Sapaan ‘Hello, brother’ dibalas tembakan
  • Masjid berdarah angkara manifesto gila...
  • Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km [METROTV]
  • 'Suami saya cedera teruk'
  • Tembakan selepas azan pertama
  • Siar serangan secara langsung
  • Tembakan dalam masjid di New Zealand


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 12:31 PM