KELUARGA mangsa tembakan rambang berkumpul di hadapan masjid Al-noor di Christchurch, New Zealand. FOTO Reuters
KELUARGA mangsa tembakan rambang berkumpul di hadapan masjid Al-noor di Christchurch, New Zealand. FOTO Reuters
Siti A’isyah Sukaimi


SEHINGGA 3 petang waktu Malaysia hari ini, Kementerian Luar mengesahkan tiada warga Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di tengah Christchurch, New Zealand.

Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu, bagaimanapun dua rakyat Malaysia cedera susulan insiden berkenaan dan sedang menerima rawatan di hospital.

“Malaysia mengutuk keras tindakan keganasan tidak waras ini terhadap orang awam yang tidak bersalah dan berharap, mereka yang bertanggungjawab atas jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan.

“Justeru, doa dan ingatan kami kepada mangsa dan keluarga insiden tembakan ini,” katanya, hari ini.

Kementerian Luar berkata, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington menghubungi rakyat Malaysia di Christchurch serta memantau situasi berkenaan dengan lebih dekat.

“Hotline disediakan untuk memudahkan sebarang pertanyaan mengenai situasi semasa. Alamat Pesuruhjaya Tinggi ialah 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6021, New Zealand manakala, talian telefon ialah 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659 dan emel [email protected] atau [email protected],” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Luar berkata, kejadian tembakan dilaporkan di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand didakwa menyebabkan 40 kematian dan lebih 20 mangsa cedera.

Katanya, kerajaan New Zealand juga mengumumkan bandar berkenaan ditutup.

Berita berkaitan

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 3:56 PM