DR Nur Amalina Che Bakri.Kehebatan Dr Nur Amalina Che Bakri kini lebih mekar pada budinya. Langkah menggerakkan usaha membawa bayi yang mengalami ketumbuhan pada mulut sehingga berjaya menjalani pembedahan di London mencetus fenomena.
DR Nur Amalina Che Bakri.Kehebatan Dr Nur Amalina Che Bakri kini lebih mekar pada budinya. Langkah menggerakkan usaha membawa bayi yang mengalami ketumbuhan pada mulut sehingga berjaya menjalani pembedahan di London mencetus fenomena.
Mohamad Hussin dan Hairulazim Mahmud


MASYARAKAT Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, Isnin lalu.

Menerusi Instagram (IG) milik Dr Amalina mendapati lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijalankan.

Bagi pemilik IG dikenali sebagai Fazleenfazel, dia mengucapkan syukur dan tahniah kepada Dr Amalina dan pasukan.

“Saya bangga dengan awak, syukur dapat kembalikan senyuman ibu ayah Ainul. Semoga Ainul terus sihat. Tabik kepada rakyat Malaysia kerana anda Ainul dilahirkan semula dengan senyuman.”

Ucapan sama turut dinyatakan pemilik IG dikenali sebagai drshaairanasir berkata, ‘kerja yang menakjubkan. Tidak sabar untuk melihat kemajuan dan perkembangannya dari sekarang.’

Tidak ketinggalan beberapa selebriti turut menyatakan ucapan antaranya penyanyi dangdut yang juga penyampai radio, Haiza (haizahanafi) menzahirkan ucapan terima kasih dan amin.

Pelakon Catriona Ross (catrionabrianross) turut mengucapkan ‘Alhamdulillah... bagus Dr Amalina dan pasukan’ serta pelakon Ainina Ahmad B (ainina_ahmad b) mengucapkan alhamdulillah.’

Pemilik IG dikenali sebagai aziemah_nawawi berkata, ‘sejujurnya aku suka betul setiap kali Dr Amalina pakai uniform kerja, nampak cantik, manis dan sangat profesional.’

Manakala zaitunsurianizam mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan UK, Prof Dunaway, Dr Ong dan Dr Amalina untuk kerja yang cemerlang dan teladan. Kami sangat berterima kasih atas apa yang anda lakukan kepada bayi Ainul Mardhiah dan ibu bapanya.

Bagi altynahetty pula, dia bersyukur dan menangis membaca bahagian akhir ‘nafas tersekat-sekat sebak... semoga adik ainul terus sihat ye sayang.’

Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial Prof David Dunaway.

Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong, yang juga seorang daripada empat pakar perubatan yang terbabit dalam pembedahan itu berkata, misi membuang ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan berjalan lancar.

DR Ong (kanan) bersama ibu bapa Ainul selepas pembedahan.
DR Ong (kanan) bersama ibu bapa Ainul selepas pembedahan.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 6:15 AM