HM Digital


ANAK kepada mangsa tragedi Memali, Mohamad Zuhdi Mat Piah, 33, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Ceramah Perdana di perkarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang itu begitu biadap, dan berharap balu mangsa Memali supaya bersabar dan bertenang dengan mengambil isu itu sebagai perkara besar tanpa mendahului emosi.

“Walaupun ikutkan hati memang marah, memang pedih dan terguris dengan kenyataan sedemikian, peristiwa berlaku lebih 30 tahun, tahun ini peristiwa Memali sudah masuk tahun ke-33.

“(Tetapi) Kami anak mangsa Memali, tidak pernah nak membangkitkan isu ini bahkan ketika pilihan raya ini. Bahkan saya tidak akan bercakap atau menulis, jika Tun Mahathir tidak membangkitkannya (semula).”

Berita berkaitan

Mangsa Memali 'mati katak', bukan mati syahid - Dr M

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 5:58 PM