Herman Tino rasa tidak perlu minta royalti disebabkan Aiman Tino menumpang popularitinya. FOTO ROSDAN WAHID
Herman Tino rasa tidak perlu minta royalti disebabkan Aiman Tino menumpang popularitinya. FOTO ROSDAN WAHID
Ridzuan Abdul Rahman


PENYANYI lelaki popular era 1980-an dengan lagu genre Melayu deli, Herman Tino mengakui pernah disaran oleh beberapa pihak agar meminta royalti daripada penyanyi remaja, Aiman Tino yang didakwa menumpang popularitinya.

Perkara itu timbul apabila Aiman atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 19, menggunakan nama samaran Aiman Tino ketika mula-mula menceburi bidang nyanyian.

Ekoran daripada itu, penyanyi remaja yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu dianggap mencari populariti mudah di kalangan peminat.

“€œTidak dinafikan kehadiran Aiman Tino mencetuskan fenomena baru dalam kalangan peminat. Tambahan pula lagunya kena dengan selera peminat sekarang membuatkan dia cepat dikenali ramai.

“€œDisebabkan itu, saya disuruh menuntut royalti daripada pihak Aiman tetapi saya tidak ambil peduli kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian.

“Pada saya Aiman dikenali ramai dan berjaya atas usahanya sendiri dan atas keizinan Allah. €œKalau Allah tidak setuju, ia pasti takkan berlaku,”€ katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, kemunculan Aiman Tino secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak sehingga Herman dituduh menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 63, yang popular dengan lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, sendiri pernah mendedahkan isterinya, Noraini Ibnu turut mengutarakan soalan sama sehingga dia buntu bagaimana mahu memberikan penjelasan.

"Disebabkan dia sangat popular dan menggunakan nama Tino, ramai berteka-teki dan cuba mengaitkan kami. Daripada situ tercetus pelbagai spekulasi sehingga ada yang menyangka Aiman anak luar nikah saya,”€ katanya.

Pertemuan berlangsung awal Januari lalu di Shah Alam, diatur oleh ibu bapa Aiman Tino selepas dua penyanyi popular terbabit meluahkan hasrat berjumpa dan ia berjaya meleraikan segala persoalan yang bermain di fikiran ramai pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 8:09 PM