Tinjauan kenderaan mengisi minyak petrol diesel di Stesen Petrol Pam sekitar Kuala lumpur.
Tinjauan kenderaan mengisi minyak petrol diesel di Stesen Petrol Pam sekitar Kuala lumpur.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan telah memutuskan dan menetapkan tarikh rasionalisasi subsidi diesel, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat pada masa yang sesuai.

"Cuma turutan perlu diperbetulkan dan ia adalah mengenai mengimbangi dan mengurangkan risiko inflasi yang mendadak. Kami telah menemui jalan penyelesaian," katanya pada sidang media selepas pelancaran Banci Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OSGE) 2024 di sini hari ini.

Rafizi berkata kerajaan perlu memastikan bahawa ia tidak memberi kesan terhadap inflasi.

"Satu lagi sebab, bekalan. Sebab kadangkala bagi pelan awal...tiba-tiba pengguna akan 'stock-up' (menambah bekalan) awal sebab mereka tahu harga akan naik dalam masa dua atau tiga bulan lagi.

"Jika kita melakukan penyasaran semula subsidi diesel untuk tujuan menguruskan kegiatan menyorokkan bekalan dan penyeludupan, pengumuman tarikh itu akan menyumbang kepada peningkatan penyeludupan," katanya.

Beliau juga berkata adalah mustahil untuk penguatkuasaan yang lebih ketat kerana terdapat hanya kira-kira 2,500 pegawai penguatkuasa.

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bawaha pemilik kenderaan diesel persendirian individu boleh mengemukakan permohonan di bawah kategori individu manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh mengemukakan permohonan di bawah kategori komoditi pertanian Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI.

Penerima yang layak akan menerima bantuan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 5:49 PM