Kemalangan mengorbankan tiga beradik di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih, Kuantan, pada 5.45 pagi hari ini. FOTO ihsan PDRM
Kemalangan mengorbankan tiga beradik di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih, Kuantan, pada 5.45 pagi hari ini. FOTO ihsan PDRM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

TIGA beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih, Kuantan, pada 5.45 pagi hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14.

Mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan kemalangan berlaku selepas pemandu MPV itu dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain di depan kenderaan mereka sebelum terbabas.

Difahamkan kenderaan itu juga dinaiki sepupu dan ibu saudara mereka yang turut cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi menerima rawatan.

Tiga beradik berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menghantar ibu bapa dan adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin bagi menunaikan umrah.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 12:21 PM