GAMBAR adalah dipetik daripada rakaman video kejadian.
GAMBAR adalah dipetik daripada rakaman video kejadian.


SEORANG gadis terselamat selepas dirempuh kereta api ketika sedang mendengar muzik di telefon bimbitnya menggunakan ‘earphones’.

Pratiksha Natekar, 19, berasal dari Bhandup, Mumbai, ketika itu sedang melintas landasan berhampiran platform 7, Stesen Kurla.

Video 40 saat kejadian ngeri itu memaparkan orang ramai hanya mampu melihat Pratiksha melintas landasan, dirempuh dan masuk bawah kereta api.

Insiden yang mendebarkan menimpa gadis berkenaan dikatakan berlaku pada 13 Mei 2017.

Bagaimanapun, rakaman video telefon bimbit penumpang itu hanya mula viral ke seluruh dunia sejak dua hari kebelakangan ini sehingga menarik perhatian media seluruh dunia.

Pratiksha memberitahu NDTV bahawa dia ketika itu sedang melintas landasan sambil mendengar muzik dan tiba-tiba ternampak kereta api.

“Saya terkejut dan tidak tahu apa hendak buat. Saya tidak tahu apa berlaku selepas itu dan hanya sedar apabila berada di hospital,” katanya.

Berita asal

'Miracle Girl' Who Was Run Over By Train Has A Message That Can Save Lives

Miracle Caught On Camera, Girl Survives After Being Run Over By Train

'Heart-stopping moment woman, 19, is hit by a train but SURVIVES in Mumbai as she reveals she didn't hear it because she was wearing earphones

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 10:43 AM