PATTY berjaya muncul juara Thailand LPGA. FOTO AFP
PATTY berjaya muncul juara Thailand LPGA. FOTO AFP
AFP

Chonburi: Patty Tavatanakit memerlukan birdie di lubang ke-18 untuk menyekat pemain Switzerland, Albane Valenzuela dengan kelebihan satu pukulan di pusingan akhir yang membolehkannya merangkul gelaran Thailand LPGA hari ini.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut untuk bekas juara kejuaraan utama itu yang sebelum ini muncul juara saingan Antarabangsa Saudi di Jelajah Wanita Eropah tujuh hari lalu.

Patty menamatkan saingan dengan 21 di bawah 267 selepas melakukan 67 pukulan hari ini bagi mengalahkan Albane yang juga pemain nombor 91 dunia.

Albane, melakukan enam birdie di sembilan lubang terakhir ketika melakukan sembilan di bawah par 63.

Patty dengan tenang melepaskan pukulan ketiganya di lubang ke-18 dengan hanya beberapa sentimeter menuju ke lubang dan menangis sebak selepas dia menyelesaikan putt kemenangan di Siam Country Club, Pattaya.

"Ia sungguh beremosi dan menggembirakan. Saya berasa sangat bangga.

"Saya mempunyai begitu banyak tekanan hari ini hanya bermain di hadapan penyokong sendiri dan saya melakukan setakat yang mampu," kata Patty.

Pemain Korea Selatan Kim Sei Young dan Choi Hye Jin terikat di tempat ketiga, dengan ketinggalan dua pukulan.

"It was a lot of emotions," admitted Tavatanakit. "It was joy. I felt so proud.

"I had so much pressure on me today just playing in front of the home crowd, and I was able to do that," she said.

"I just felt like, OK, like I need to make up and down to win the match," she said. "Soon as it stopped about couple inches away from the hole, I was like, yep, I won."

South Korea's Kim Sei-young and Choi Hye-jin tied for third, two shots further adrift, at the $1.7 million tournament.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2024 @ 9:02 PM