RAMOS menjaringkan penalti di Stadium Alfredo Di Stefano. FOTO AFP
RAMOS menjaringkan penalti di Stadium Alfredo Di Stefano. FOTO AFP
AFP

Madrid: Real Madrid dan Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan lawan masing-masing pagi tadi.

Real Madrid mengatasi Atalanta 3-1 untuk layak dengan agregat 4-1. Berkelebihan satu gol pada saingan peringkat pertama di Itali, Madrid mengesahkan tempat ke lapan terakhir hasil jaringan pembukaan oleh Karim Benzema pada minit ke-34, penalti Sergio Ramos minit ke-60 dan gol Marco Asensio (min-84).

Luis Muriel menjaringkan gol Atalanta seminit sebelum Asensio meledak gol ketiga bagi mengesahkan pasukannya dalam undian lapan terakhir pada 19 Mac.

Manchester City pula mara dengan agregat 4-0 selepas mengatasi cabaran Borussia Moenchengladbach 2-0 pada saingan peringkat kedua di Budapest.

Kevin De Bruyne membuka tirai jaringan pada minit ke-12 dan disusuli gol Ilkay Gundogan (min-18) dalam aksi yang dipindahkan dari Stadium Etihad ke Puskas Arena yang sebelum ini menjadi venue peringkat pertama di sebabkan sekatan penerbangan.

PEMAIN Borussia Moenchengladbach, Stefan Lainer (kiri) mengasak pemain City, John Stones. FOTO AFP
PEMAIN Borussia Moenchengladbach, Stefan Lainer (kiri) mengasak pemain City, John Stones. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 6:47 AM