Pemain Manchester City meraikan kejayaan menewaskan PSG pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO Agensi
Pemain Manchester City meraikan kejayaan menewaskan PSG pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO Agensi
AFP

Manchester, United Kingdom: Pep Guardiola membalas kritikan ke atasnya dengan membawa Manchester City ke final Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-0, pagi ini.

Riyad Mahrez menyinar menerusi dua gol jaringannya di Stadium Etihad untuk melengkapkan kemenangan 4-1 menerusi agregat pada aksi timbal balik separuh akhir itu.

Dua gol jaringan Riyad Mahrez pada aksi timbal balik separuh akhir di Stadium Etihad memberikan kemenangan agregat 4-1 kepada The Citizens.

City akan tampil di final UCL buat julung kalinya menentang sama ada Chelsea atau Real Madrid di Istanbul, Turki pada 29 Mei ini.

Ia adalah saat paling bermakna buat pengendali City, Guardiola yang didakwa hanya mampu menjuarai UCL bersama Barcelona hasil kehebatan Lionel Messi.

Bintang Argentina itu menjadi tonggak penting dalam dua kejayaan Barca di UCL ketika di bawah bimbingan Guardiola pada tahun 2009 dan 2011.

Sejak meninggalkan Barca pada tahun 2012, Guardiola gagal mara ke final UCL selama tiga tahun di Bayern Munich dan pertama sepanjang empat musim bersama City.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino (tengah) dan Manchester City, Pep Guardiola (kanan) memberi arahan kepada pemain masing-masing. FOTO AFP
Pengendali PSG, Mauricio Pochettino (tengah) dan Manchester City, Pep Guardiola (kanan) memberi arahan kepada pemain masing-masing. FOTO AFP

Pengendali dari Sepanyol itu akhirnya tampak mencapai sasaran yang diidamkan kelab Inggeris itu sejak sekian lama.

"Kami bangkit bersama-sama dan kini di final Liga Juara-Juara." kata Guardiola.

"Orang beranggapan agak mudah untuk ke final. Sampai ke final adalah hasil daripada apa yang kami usahakan sepanjang empat atau lima tahun lalu."

"Manchester United menang (Liga Juara-Juara) kerana John Terry tergelincir dan juga pada minit terakhir ketika menentang Bayern Munich. Real Madrid menang pada final menentang Atletico pada minit ke-93.

"Ia adalah pertandingan sukar dan faktor tuah memainkan peranan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 7:11 AM