PEMAIN Malaysia, Eugene Ting (tengah) cuba melepasi pemain Filipina pada aksi bola keranjang wanita. -Foto ZUNNUR AL SHAFIQ
PEMAIN Malaysia, Eugene Ting (tengah) cuba melepasi pemain Filipina pada aksi bola keranjang wanita. -Foto ZUNNUR AL SHAFIQ
Devinder Singh


MALAYSIA semakin hampir untuk memenangi pingat emas acara bola keranjang wanita Sukan SEA Kuala Lumpur selepas mencatat kemenangan keempat dengan menewaskan Filipina 60-56 di Stadium MABA, hari ini.

Skuad negara akan berdepan dua lagi baki perlawanan dengan menentang Myanmar dan Thailand.

Pada pertemuan dengan Filipina, Malaysia memulakan suku keempat permainan dengan mendahului sembilan mata bagaimanapun lawan kemudian berjaya merapatkan kedudukan.

Bagaimanapun Pang Hui Pin mendapatkan mata untuk membolehkan Malaysia mendahului 55-54 ketika perlawanan berbaki 1 minit 44 saat sebelum Ting Chung Hong menjarakkan kedudukan dengan tiga mata.

Saw Wei Yin menyumbat dua balingan bebas ketika perlawanan berbaki 12 saat untuk memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 3:26 PM