Mi tarik segera jenama Makemi berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu.
Mi tarik segera jenama Makemi berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu.

Kuala Lumpur: Solehah Trading menyasarkan jualan mi tarik segera keluarannya berjenama Makemi sebanyak 20,000 karton sebulan sepanjang tahun ini selepas berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu.

Pengasasnya, Sarah Ahmad Nafiah berkata, keyakinan itu berdasarkan keistimewaan kandungan utama bahan produk tersebut yang mengguna perahan jus safron iaitu sejenis bunga dalam adunan tepung tanpa menggunakan bahan kimia.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya telah menjual keseluruhan hampir 10,000 karton produk itu dalam usaha memperkenalkan mi tarik segera yang sihat dan berkhasiat kepada masyarakat.

"Peminat mi tarik segera kini boleh memilih tiga menu jenama Makemi iaitu Sup Ayam Kicap, Kari Santan Asli dan Tomyam Kelapa.

"Apa yang menarik, perisa ayam adalah asli di mana tidak menggunakan serbuk ayam manakala penggunaan santan pula adalah asli dan bukannya krimer.

"Selain jus saffton, mi Makemi juga menggunakan tepung tanpa asid peluntur dan bahan awet asid borik selain perencahnya tiada bahan kandungan aditif monosodium glutamate (MSG)," katanya.

Solehah Trading memulakan perniagaan atas talian dari rumah dengan memperkenalkan makanan sunnah bermula pada 2013 dan sehingga kini, setiap produk yang dijalankan sentiasa berasaskan makanan sunnah.

Produk makanan tambahan iaitu vitamin Gummy Buah-Buahan ISQ dengan formula tujuh makanan sunnah adalah produk pertama keluaran syarikat itu.

Mi tarik segera Makemi dijual pada harga RM14 sekotak untuk tiga kali hidangan dan orang ramai yang ingin mencubanya boleh membeli secara atas talian di Instagram meesaffron_official.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 8:47 PM