Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (kanan), selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd  dan isterinya, Kartika Wati Mohamed (Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd)
Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (kanan), selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd dan isterinya, Kartika Wati Mohamed (Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd)

Kuala Lumpur: Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) melangkah setapak lagi dengan membuka pusat edaran pertamanya di Sarikei, Sarawak.

Pusat edaran di negeri itu beroperasi secara rasmi sejak 10 Disember lalu.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed, keputusan berkenaan didorong permintaan mendadak dua produk berkualiti, Diffenz dan Diffenz Junior.

"Kami menjangkakan permintaan terhadap dua produk itu akan mencecah 150,000 unit sebulan bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

"Ia bersesuaian dengan keperluan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang lebih baik pada masa kini termasuk di era pandemik Covid-19," katanya.

Menurut Kartika, pusat edaran terbaru di lokasi terbabit akan turut dilengkapi pusat latihan untuk usahawan Eskayvie Nexus bagi mengikuti pelbagai program latihan pemasaran dan jualan yang akan dijalankan.

Malah, Kartika optimis kewujudan pusat edaran itu dapat memberi banyak kelebihan kepada pelanggan dan pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Produk kami kini boleh didapati dengan lebih mudah dan cepat dengan tempoh penghantaran melalui khidmat kurier yang hanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga hari bagi Sarawak.

"Manakala bagi Sabah pula mengambil masa jangkaan dalam tiga hingga lima hari. Inisiatif ini pastinya sangat membantu pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk menikmati penjimatan kos penghantaran yang lebih rendah dan lebih cepat berbanding sebelum ini." katanya.

Layari www.eskayvie.com untuk maklumat lanjut,

atau halaman Facebook Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau Instagram @eskayviemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 8:33 PM