Kartika Wati memulakan acara Persidangan Nexus Success
Kartika Wati memulakan acara Persidangan Nexus Success

Kuala Lumpur: Lebih 1000 usahawan menghadiri Persidangan Nexus Success yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia

Alam, Shah Alam.

Program anjuran syarikat Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) itu disertai usahawan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

"Usahawan ini dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli. Sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan diadakan hampir setiap hari secara atas talian.

"Istimewanya kali ini, konvensyen ini turut mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini," katanya.

Tambah Kartika Wati, meskipun tahun lalu kita semua telah berdepan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, usahawan Nexus ini terus optimis.

"Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie.

"Ini semangat juang berdaya saing yang kita mahu sampai bila-bila. Segala perkembangan dan kemas kini boleh dilihat https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ ," kata Kartika Wati.

Menurutnya lagi, melalui visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, mereka melihat ini sebagai satu misi dan tanggungjawab sosial berterusan.

Hadir sama di persidangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri dan duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Aznil sendiri turut menyampaikan perkongsian mengenai penjenamaan dan skil komunikasi berkesan yang harus dikuasai oleh setiap usahawan.

"Sejak menyertai keluarga jenama ini, saya melihat usaha dilakukan tidak pernah bernoktah dalam pembangunan ummah.

"Tak kira daripada segi menawarkan produk dengan kualiti tinggi selain membantu ramai orang untuk menjana pendapatan, niat dan misi jenama ini saya pandang tinggi." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 11:09 AM