Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (kiri), selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd dan isterinya, Kartika Wati Mohamed (Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd).
Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (kiri), selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd dan isterinya, Kartika Wati Mohamed (Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd).

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia memberi impak besar hingga ramai yang kehilangan kerja dan terputus rezeki.

Namun kehadiran produk suplemen empat dalam satu, Eskayvie Diffenz keluaran syarikat bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd dilancarkan awal tahun ini bukan sahaja dilihat sebagai ikhtiar menguatkan sistem imun, bahkan turut membuka rezeki kepada ramai orang untuk menjana pendapatan.

Menyedari manfaat Cendawan Susu Harimau yang menjadi salah satu ramuan penting terhadap produk Eskayvie Diffenz, ramai pengguna mula berkongsi kebaikan diperolehi.

Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd, Kartika Wati Mohamed berkata, pihaknya membuka ruang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tanpa modal, tanpa perlu simpan stok dan tanpa perlu menguruskan penghantaran barangan.

Menurutnya, latihan jualan dan pemasaran diberikan secara percuma bagi membantu usahawan baru mencapai jualan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa tujuh hari.

"Perniagaan ini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu memiliki kedai.

"Sehingga Ogos lalu, seramai 7000 usahawan telah dibantu dan ramai dari mereka berjaya meraih pendapatan bersih lima angka sebulan," katanya.

Tambahnya, ramai kehilangan pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tercari-cari peluang membangunkan semula ekonomi sudah memulakan langkah dengan mengambil peluang menjadi wakil pengedar Eskayvie.

Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember ini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh layari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 8:26 PM