KAMAL sebelum ditidurkan di Hospital Melaka awal Jun lalu. FOTO İhsan Hanis Kamal
KAMAL sebelum ditidurkan di Hospital Melaka awal Jun lalu. FOTO İhsan Hanis Kamal
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: "Keadaan ayah masih macam itu. Harap-harap jantung dia tak berhenti," kata Hanis Kamal, 35, anak sulung pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, berhubung keadaan terkininya.

Hanis tidak menafikan mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana keadaannya memang berada pada tahap kritikal.

"Mengikut kata doktor, keadaan ayah makin teruk. Sekarang, ayah bergantung dengan mesin. Doktor masih terus memberikan ubat. Tapi sekiranya jantung ayah berhenti ketika ini, pihak hospital tidak akan melakukan bantuan pernafasan sebab tak mahu menyakitinya," katanya.

Apapun, Hanis serta keluarga memang mengharapkan yang sebaiknya untuk keadaan bapanya.

"Ya kami kat hospital cuma waktu malam saja kami di rumah. Memang kami kena sedia, kene reda jika apa-apa berlaku. Tapi kami masih tak putus harapan," katanya.

Semalam, Hanis memaklumkan bapanya sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Keadaan ayah tengah nazak kerana paru-parunya dijangkiti kuman sekali lagi. Kuman merebak sangat cepat sampai tutup semua paru-paru sebelah kiri.

Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka dan dua minggu kemudian dimasukkan ke Unit Kecemasan (ICU) selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 3:53 PM