DHALAN di sisi  Effa Rizan di hospital.
DHALAN di sisi Effa Rizan di hospital.
Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: “Keadaan saya masih macam inilah. Sudah seminggu melawan (penyakit) tapi tak banyak berubah. Bila demam beransur okey, batuk pula makin teruk. Bila kurang batuk, suhu badan pula naik,” luah penyanyi veteran, Datuk Dhalan Zainuddin mengenai status terkini kesihatannya yang disahkan menghidap radang paru-paru.

Dhalan, 74, yang dihubungi semalam berkata, dia yang sebelum ini mengalami jangkitan pada paru-paru disahkan menghidap penyakit itu kelmarin susulan pemeriksaan lanjut doktor.

“Ini (radang paru-paru) memang baru doktor sahkan. Selepas dimasukkan ke wad Jumaat lalu, doktor cuba pelbagai jenis ubat untuk kurang batuk dan demam.

“Mula-mula doktor tak dapat nak kesan sebab kedudukan paru-paru sama dengan jantung dan saya pula memang ada masalah jantung sejak dulu.

“Bila mereka buat pemeriksaan rapi baru dapat kenal pasti. Sekarang saya bertarung dengan ubat sajalah untuk bunuh kuman dalam paru-paru ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 9:03 AM